• [ 29/5/2025 3:14:13 PM ]
    PERMOHONAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN LEMBAGA BIDAN MALAYSIA (LBM) & CALON ULANGAN SEPTEMBER 2025
    Kepada Pemberi Pendidikan Tinggi bagi program berikut, sila ambil perhatian:

    SYARAT KEMASUKAN DALAM BAHAGIAN DAFTAR BIDAN BAHAGIAN 1 (KURSUS DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN)

    TARIKH PEPERIKSAAN LBM : 24 SEPTEMBER 2025
    TARIKH PENGHANTARAN BORANG : 01 – 30 JUN 2025

    Sila hantar borang-borang berikut beserta yuran dan salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan ke LJM/ LBM:

    Permohonan Menduduki Peperiksaan (BKJ-BOR-PEP-05-01 Pin.2/2017)
    Maklumat Penuh Pelatih (BKJ-BOR-PEP-05-02 Pin.2/2017)
    Senarai Calon Pembentangan Kelayakan Menduduki Peperiksaan (BKJ-BOR-PEP-12)
    Senarai Calon Yang Tidak Layak/ Tidak Perlu Menduduki Peperiksaan (BKJ-BOR-PEP-13)
    Salinan kad pengenalan/ pasport yang bewarna, telah disahkan dan berpalang.
    Salinan sijil berkaitan yang telah disahkan mengikut keperluan program seperti Sijil Kejururawatan / Diploma Kejururawatan
    Salinan Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC/TPC) bagi tahun semasa/ terkini

    Semua borang boleh dimuat turun di laman sesawang BKJ: https://hq.moh.gov.my/nursing downloads.

    Sila pastikan semua calon telah berdaftar dalam SPMJ dan semua maklumat adalah BETUL DAN TEPAT SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN terutama:-

    Nama
    No. KP/ Pasport

    Sebarang pembetulan maklumat, sila e-mel salinan KP/ Pasport yang berwarna dan disahkan kepada n.gowry@moh.gov.my CC wan_rafeza@moh.gov.my SEBELUM PENGHANTARAN BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN.
    PEMBETULAN MAKLUMAT SELEPAS DARI TARIKH TUTUP TIDAK AKAN DILAYAN
    .

    Kegagalan mendaftar dalam SPMJ dan menghantar borang-borang mengikut tarikh tutup yang ditetapkan akan menyebabkan calon-calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada tarikh berkenaan.

    Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila hubungi talian 03-88831569 (KJ DORAHAISA BINTI ABDULLAH)

    Terima Kasih.


    [ 19/5/2025 3:35:00 PM ]
    ARAHAN MEMBUAT SARINGAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA & CALON ULANGAN JUN 2025
    Kepada Penyelaras Pemberi Pendidikan Tinggi bagi program berikut:

    SYARAT KEMASUKAN DALAM BAHAGIAN AM DAFTAR UNTUK JURURAWAT (PROGRAM IJAZAH KEJURURAWATAN / DIPLOMA KEJURURAWATAN / DIPLOMA KEJURURAWATAN (PROGRAM PERALIHAN)

    Tarikh Peperiksaan LJM: 25 JUN 2025
    Tarikh Tempoh Saringan : 26 MEI – 10 JUN 2025

    Sila saring calon-calon peperiksaan melalui fungsi SARING CALON PEPERIKSAAN di SPMJ sebelum tarikh tutup.

    Sebelum saringan dilakukan, sila pastikan semua calon telah berdaftar di SPMJ,

    Maklumat telah dikemaskini, BETUL dan TEPAT terutama NAMA dan NOMBOR KAD PENGENALAN / PASPORT. (Sila rujuk KP/ PASPORT).

    Kegagalan membuat saringan ke atas calon selepas tarikh tutup menyebabkan calon-calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada tarikh berkenaan.

    Sebarang pertanyaan/ pembetulan maklumat, sila hubungi di talian 03-88831551(Penyelia Jururawat Zuraiha binti Draman) / 1568 (Ketua Jururawat Azizah binti Hasan) atau e-melkan kepada azizah.hasan@moh.gov.my

    SEBELUM atau PADA 11 Jun 2025.


    [ 18/11/2024 4:49:53 PM ]
    TAKWIM PEPERIKSAAN LJM & LBM 2025
    Makluman kepada semua Pemberi Pendidikan Tinggi:

    Pemakluman Takwim Peperiksaan LJM / LBM Tahun 2024 boleh dimuat turun di laman sesawang Bahagian Kejururawatan di alamat:

    https://hq.moh.gov.my/nursing/en/announcements/

    Kandungan Takwim termasuk Tarikh Tutup Permohonan Peperiksaan dan Tarikh Peperiksaan mengikut program kejururawatan. Tiada pemberitahuan melalui surat berkaitan Tarikh Tutup Permohonan dan Tarikh Peperiksaan selepas penyiaran takwim melalui laman sesawang tersebut.

    Sehubungan itu, pihak PPT dimohon mengambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan kandungan surat siaran dan takwim peperiksaan kepada pegawai yang bertanggungjawab di PPT tuan/puan.

    Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian 1344 / 1366 / 1331 / 1568 / 1569


  •    
    Kod Pengguna
    Kata Laluan
         
     
    Perhatian

    Sistem ini dibangunkan khas utuk kegunaan Kolej-Kolej Kejururawatan sahaja. Untuk sebarang pertanyaan mengenai penggunaan sistem ini, sila hubungi:

    Bahagian Kejururawatan, kkm



     
    ©2009 BAHAGIAN KEJURURAWATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA