<---->
 
  • [ 5/6/2026 10:15:25 AM ]
    ARAHAN SARINGAN KEPADA PELAJAR/ PELATIH PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA & PELAJAR/ PELATIH ULANGAN SEPTEMBER 2026
    Syarat Kemasukan Peperiksaan LJM

    Kepada Pemberi Pendidikan Tinggi bagi program berikut, sila ambil perhatian:

    SYARAT KEMASUKAN DALAM BAHAGIAN DAFTAR BIDAN BAHAGIAN I BAGI PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN

    TARIKH PEPERIKSAAN LJM : 23 SEPTEMBER 2026

    TARIKH PENGHANTARAN BORANG : 04 JUN 2026 – 31 JUN 2026

    1. Sila hantar borang-borang berikut beserta yuran dan salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan ke LJM/ LBM:
      • Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan (BKJ-BOR-PEP-05-01 Pin.1/2026)
      • Senarai Semak Permohanan Menduduki Peperiksaan LJM/LBM (BKJ-BOR-PEP-06-1 Pin. 1/2026)
      • Senarai Pelajar/ Pelatih Layak Menduduki Peperiksaan LJM/ LBM (BKJ-BOR-PEP-12 Pin. 1/2026)
      • Senarai Pelajar/ Pelatih Tidak Layak/ Tidak Perlu Menduduki Peperiksaan (BKJ-BOR-PEP-13 Pin. 1/2026)
      • Salinan kad pengenalan/ pasport yang bewarna, telah disahkan dan berpalang.
      • Salinan sijil berkaitan yang telah disahkan mengikut keperluan program seperti Ijazah kejururawatan/ Diploma Kejururawatan/ Sijil Latihan Kejururawatan.
      • Salinan Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC/TPC) bagi tahun semasa/ terkini.
      • Sijil Pendaftaran LJM.
      • Fee bayaran mengikut program (Bank Draf / Wang Pos).
      • Keputusan peperiksaan setiap semester / Transkrip.
    2. Semua borang boleh dimuat turun di laman sesawang BKJ: http://hq.moh.gov.my/nursing (bahagian downloads).
    3. Sila pastikan semua calon telah berdaftar dalam SPMJ dan semua maklumat adalah BETUL DAN TEPAT SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN terutama:-
      Nama
      No. KP/ Pasport
    4. Sebarang pembetulan maklumat, sila e-mel salinan KP/ Pasport yang berwarna dan disahkan kepada n.gowry@moh.gov.my CC khairunnisa.abas@moh.gov.my SEBELUM PENGHANTARAN BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN.
    5. PEMBETULAN MAKLUMAT SELEPAS DARI TARIKH TUTUP TIDAK AKAN DILAYAN.
    6. SILA SUSUN DOKUMEN SEPERTI SENARAI SEMAK PADA BORANG PERMOHONAN, DIKETIP (STAPLER) BAGI SETIAP CALON.
    7. Kegagalan mendaftar dalam SPMJ dan menghantar borang-borang mengikut tarikh tutup yang ditetapkan akan menyebabkan calon-calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada tarikh berkenaan.
    8. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila hubungi talian:
      03-88831359 (PJ NURUL FATIMAH BINTI MOKHTAR); atau
      03-88831569 (KJ DORAHAISA BINTI ABDULLAH)


  •    
    Kod Pengguna
    Kata Laluan
         
     
    Perhatian

    Sistem ini dibangunkan khas utuk kegunaan Kolej-Kolej Kejururawatan sahaja. Untuk sebarang pertanyaan mengenai penggunaan sistem ini, sila hubungi:

    Bahagian Kejururawatan, kkm



     
    ©2009 BAHAGIAN KEJURURAWATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA